Nuffnang Code

Saturday, February 4, 2017

Akta Kerja review 2017 (Labour Law)

Hi there,

ok. stop keje baru lah sibuk nak study balik pasal labour law bagai.
kan padan muka.yups, aku sebenarnya lebih kepada nak review pasal akta kerja 1955 yang dulu aku pernah study tapi sebenarnya tak dapat grab pon situasi sebenar sebagai seorang pekerja yang akan melalui zaman2 kejatuhan. hahahh

 orang yang dah study pasal labour law ni.tahu la apa skop2 yang diambilkira dalam akta ni. benda paling asas is jam bekerja, hari rehat, cuti tahunan.

aku sebenarnya nak review betapa kejamnya dunia pekerjaan ni. bila mana kau hadapi sebenarnya  kau ni nothing je pon. dan hak kau memang totally lost.

kebanyakkan majikan yang ada kat Malaysia ni. percayalah mereka tak tahu pon pasal labour law, mereka tak study pon. even kita as pekerja pon ada yang ta tahu hak kita.

bila majikan kau berkata pasal soal profesional. nak nampak  macam paling gah. tapi benda basic macam tak boleh bagi pekerja gaji lambat 7 hari selepas hari terakhir bagi temph 1 bulan bekerja pon belum tentu beliau tahu.

mostly perkara ni memang tak ada masalah bagi company2 besar . sebab company2 besar memang tahu.

tapi berapa banyak la company2 besar ni. berbanding kita yang terpaksa bekerja dekat company2 biasa and kecik.

ya lebih sadis nya company2 kecil ni suka hati tok nenek je nak buat2 rule sendiri tanpa fikir pekerja.
kau suka hati nak tolak gaji pekerja yang datang lambat, nak delay gaji diorang. dengan alasan kau seorang BOSS.

dan kita sebagai orang yang nak cari makan terpaksa redha la ya. padahal dah terang2 ni semua penindasan kepada kita.

ya dunia ni tak adil. dan aku memang suka untuk kata. akta kerja ni pon langsung ta melindungi kita sebagai pekerja secara menyeluruh.

dan lagi teruknya upah minimum pon sebenarnya masih lagi worst yang tak agak2 dengan kuasa beli yang da makin rendah ni. benda asasi yang kena ada pon belum tentu mampu ditampung dengan gaji minimum tu.

dalam realitynya. kalau kau nak duit kau kena keje separuh mati, ikut kata boss kau buat itu ini. overtime, buat semua keje, ada yang tak ambil rehat pon. and boss kau mungkin tak pernah peduli pon pasal waktu rehat, cuti kau bagai.

sorrylah tapi nampak macam Malaysia ni dah jadi negara dunia ke3. mental hauk punya kapitalis. dapat income ratus2 ribu kau nak senangkan pekerja kau pon kau berkira ek.

kau tak kira pon berapa keuntungan yang kau dapat dari seorang pekerja. aku boleh cakap seorang pekerja tu sepatutnya dapat gaji lebih  150% dari gaji yang dia dapat.tak percaya tengok je la apa jadi kat company kau bila aku blah ni. hahahah. kau belum tentu  kenal customer kau lebih dari pekerja kau sendiri. belum tentu kau tahu macam mana nak buat semua keje. arah orang bole lah kau.

honestly berapa orang yang terpaksa kerja 7 hari seminggu. even dia seorang foreign pon dia sepatutnya layak mendapatkan perlindungan dari Akta Kerja tu right?

dengan ekonomi yang tengah worst ni. susah untuk kata apa2. maka bertabah la ya. ingat rezeki tu Allah yang beri.

No comments:

Post a Comment