Nuffnang Code

Wednesday, April 27, 2016

Sayang

Dia mengelus rambutku yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Kulihat disebalik cermin matanya, sebenarnya ada sepasang mata redup dan tenang.

Lalu kutanya lagi," sayang orang tak? Macam tak sayang je."

"Sayang la.. Tak cakap mcm tu pon. " Aku faham maksudnya walau hampir sahaja tidak beremosi jawapannya.

"Banyak ke sikit?" soal ku lagi kerana aku perempuan tak pernah puas dengan rasa yang sedikit.

"Ada ke sayang tu sikit ke banyak, mana ada harga." 

Sebenarnya jawapannya benar, mungkin orang anggap manis. Tapi aku tak anggap manis. Sebab memang tak ada jiwa jawapan tu. Perempuan syok sendiri je akan kata manis.

Dia tak pernah faham dengan soal aku. Mungkin dia anggap aku lucu tanya soalan sebegitu.


" Sayang tapi belum cinta." Dia terus terang .

Aku tahu , mungkin sayang pon tak banyak cuma ada suka dan nafsu saje..

Aku tahu dia sesak. Dia tak sedia membuka htinya bila2 masa macam aku. Tapi sekurang2nya aku cuba. Cuba halang diri aku , dari beri hati aku juga.

No comments:

Post a Comment