Nuffnang Code

Monday, June 6, 2016

Crimson Peak Review by Nonia

Hello. Hari ni noni nak review Crimson Peak sebelum noni review bajet 2016(kalau rajin) . hahaha.
Sepatutnya noni tengok second time baru boleh review kan. tapi biasalah perasan expert nak buat macam mana. lagipun review sampah dari noni apa ada hal.

Noni sebenarnya memang suka Tom Hiddleston. sejak film thor second dengan avengers. sebab dia nampak macam si pelik .

Bagi noni Tom Hiddleston ada satu gaya yang orang tak boleh tiru. dia macam bukan dia. dalam lakonan dia sentiasa in character. character yang di bawa selalu banyak rahsia dari segi perasaan. yang mana tak boleh expect baik ke jahat watak tu.

Kali ni Tom Hiddleston in character lagi. .

Tapi noni tertarik untuk bercerita pasal plot cerita ni dan pelakon utama Mia Wasikowska. Honestly noni kurang suka Mia Wasikowska sbb dia nampak oldface. tapi dalam film ni Mia Wasikowska sesuai dengan watak andartu yang dibawa.

Cerita ni bukan cerita horror. noni nak letak genre apa untuk cerita ni memang paling susah , tapi noni nak letak ROMANTIC GOTHIC CLASSIC. dan HORROR yeke? ntah lah.,

Ceritanya ada lah berkenaan Edith yang merupakan seorang penulis. Penulis yang tak klise yang mana meletakkan eleman hantu dalam manuskripnya, Edith banyak kali tekankan hantu bukan main dalam manuskripnya tetap hanya sekadar hiasan yang diletakkan berdasarkan pengalaman pada masa lalunya.

Jelas ni gambarkan keseluruhan cerita CRIMSON PEAK yang CRIMSON PEAK bukanlah cerita hantu. hantu hanya sebagai hiasan sahaja. OK.

Sebenarnya Edith ada kelebihan dapat melihat roh sejak kematian mak dia. walau sampai dewasa dia masih takut2 dan tak sedar yang dia ada kelebihan tu.

Pada awalnya, kita pon tak tahu atas tujuan apa mak dia datang takut2kan dia. noni mati2 ingat hantu roh jahat saje nak kelirukan dia dengan menyerupai mak dia.

Edith ni agak rasional orangnya, tak tergedik2 sana sni. sampailah dia berjumpa Thomas. yang dia betul2 tulus sayang Thomas. walaupun tak tahu asal usul Thomas , Edith percaya dengan perasaan sayang tu sampai akhirnya dia terjebak dalam hidup yang misteri.

Sebagai isteri tak pernah dia syak suami dia ni sembunyi apa2. walaupun suami dia tak sentuh dia dalam tempoh yang lama sejak dia kawin.

Kakak si Thomas ni nampak la psikonya. kejap cakap pelik2 kejap marah2 kejap sayang2.

Semasa tinggal di rumah suaminya Edith selalu dibayangi dengan roh2 disitu. Sebenarnya roh2 disitu nak bg warning.

Apa yang noni rasa fact sgt dlm film ni ialah .. Ironi nya seorang perempuan  masih boleh trima baik buruk orang yang dia sayang dlm apa jua keadaan kcuali orang yg dia sayang tu curang depan mata.

Ada lgi sisa pcaya Edith pada Thomas sampai akhir. Ya.

Kalau korang pencinta bahasa Dan ayat indah korang pasti Akan suka film ni.

Film ni bnyk quote2 yg romantic Dan dlm mksudnya.

Noni frust apa yg jd kt Thomas. Sedih sgt!! Cerita ni tak happy ending.

No comments:

Post a Comment