Nuffnang Code

Tuesday, May 8, 2012

perempuan dan perasan tidak dapat dipisahkan.

salam,, lama dah aku tak keluarkan entri. bukan lah terlalu bz. aku ta ada mood. *tipu. aku tak ada idea. bila aku start menaip. memang merepek habis. tak ada kena mengena, ntah apa2. ya. aku memang tak boleh paksa diri menaip tanpa apa2 idea walau memang aku rindu sangat nk post entri baru. 

ok. bismillah,, kalau aku kondem perempuan, ya sama macam aku kondem diri aku sendiri. tapi mungkin entri nih atas dasar aku juga perempuan yang lebih tahu hati perempuan. lebih tepat lagi aku rela untuk memperkatakan aku sedang mengata diri sendiri. 

seawal form 5 lagi aku pernah terpikir dan mula menaip tentang perkara ini. mungkin ini sambungan atau rentetan atau repeat daripada apa yang pernah aku taip. 

dulu aku pernah terdengar dari seorang classmate lelaki yang jujur mengata perempuan cepat perasan. pada masa itu aku mula menaip. dan aku agak cuba menutup diri sendiri. aku ingat aku taip pada desktop dirumahku dan aku print apa yang aku taip. ya. masa tuh main2 blog ta femes lagi. aku pun ketika tuh baru mencuba2 main friendster sahaja. 

*tarik nafas. aku tulis perempuan cepat perasan sebab perempuan punya perasaan. begitu juga lelaki mungkin tetap ada sifat perasan dari diri mereka. tapi tak kuat macam perempuan. ya. sebab lelaki jarang peka. suka ambil ringan dan bla bla bla. 

aku memang backup diri sendiri dalam penulisan aku. aku tak puas hati bila seorang lelaki yang tidak mungkin mengenal hati perempuan itu persis apa berkata seolah2 mempertawakan. walau aku tak ambil hati. tapi aku juga tak pernah ambil ringan. buat aku selalu ingat apa yang classmate aku pernah tuturkan.

ya. tapi kini bila aku sampai ke tahap umur sekarang. aku mula mengakui perempuan dan perasan tidak dapat dipisahkan. 

aku ingat seawal umur berapa aku mula mengenal erti suka pada seorang yang berlainan jantina dengan aku. perempuan memang penuh perasaan. ya. kadang2 menampakkan perempuan punya kekuatan dan kadang2 dengan perasaan itu juga nyata nampak perempuan punya kelemahan.

dan bila aku meningkat remaja. aku terbawa2 dengan sifat itu. perasan dan perasaan. bila orang pandang sikit. hati aku kata orang tuh pun pandang aku. bila aku suka orang sikit aku rasa orang tuh pun suka aku. dalam erti kata lain, apa2 yang aku rasa cuma rasa2 perasan sahaja sebenarnya. haha. lainnya aku berbanding orang lain bila apa yang rasa aku jarang kata. mungkin pernah aku cerita pada kawan2 perasaan aku yang berbaur perasan. tapi taklah terlalu melampau. sebab aku memang sejak dari azali lebih suka berkata melalui tulisan sahaja. 

bila aku masuk ke matrikulasi. alhamdulilah sifat perasan tidak terlalu menghantui aku. kalau ada pun sifat itu sungguh aku buat suka2 dan main2 sahaja sebagai hiburan. saat itu juga aku tak terbawa-bawa perasaan aku yang perasan dengan hakikat sebenar yang terlihat. 

bila aku habis matrik. aku baru berjinak2 dengan dunia couple orang2 muda. haha. * jujur aku pelik dengan budak2 sekolah rendah dan menengah zaman sekarang yang belum tahu erti hidup selama mana, tp tahu bercinta dan bercouple. apatah lagi bermadah2 cinta memang nyata lagi hebat dari aku.  aku cuma menaip taknak compare apa pun. sebab sedar dulu dan sekarang sudah jauh berbeza.

pada ketika aku baru habis matrik dan melalui zaman nak ke era Universiti tuh aku jarang melalui perkara2 yang membawa aku kepada sifat perasan. lagipun mungkin sifat2 lain jauh menguasai aku seperti humble dan innoncent. kalau pun ada sifat perasan memang tidak berterusan dan berkekalan. sebab akhirnya aku selalu sedar walau tidak awal. 

sehingga saat ini. aku dapat lari dari dari bayangan dari bersifat cepat perasan. mungkin sering terdengar omelan dari lelaki2 membuatkan aku sedar sifat ini harus dijauhkan. ada juga kawan lelaki aku yang menasihatkan. 

jangan cepat perasan. sebab lelaki jarang memaksudkan apa yang dikatakan. straight to da point. jangan cepat perasaan bila lelaki panggil kau sayang. bila lelaki tuh selalu cari kau. jangan cepat perasan even lelaki tuh kata dia suka kau pun. sebab kadang2 lelaki nih cuma taw kata je rasanya tidak. 

kawan aku juga sempat kata. perempuan akan terus perasan. sekalipun lelaki yang d sukai ada gf. walau nyata bole nampak dan fikir dengan akal rasional lelaki tuh main2 je. ya. dia kata juga bila seorang lelaki selalu cari2 perempuan , on da time bila lelaki tuh ta cari da. perempuan tuh still akan menunggu dan mula mencari2 si lelaki pula. padahal lelaki tuh ta feel pe2 pun. ta kisah apa pun. 

namun akhir2 nih aku juga sedar sifat perasan perempuan merimaskan lelaki dan menjengkelkan manusia2 lain yang melihat dan mendengar. 

moral of da story: jauhi sifat perasan. ya mungkin perasan dan perasaan tidak boleh dipisahkan tapi boleh dikurangkan dengan bersikap cool sahaja. kalau lelaki panggil kau sayang belum tentu dia sayang. bila lelaki ajak jumpa belum tentu dia suka. bila lelaki ajak couple belum tentu dia cinta.  sampai saat kita rasa jujur itu ada dan hati dah bersuara bukan sifat perasan yang menguasai diri baru lah kita bole percaya hati lelaki itu persis apa.pon bolehhhhhhh.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. so,everything yg laki wat xleh caye la kn!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete